Sejak dahulukala, perkayuan telah memainkan peranan
yang penting dan juga mempengruhi kehidupan, tradisi
dan adat penduduk yang berbilang kaum dan etnik di negeri
Sarawak ini. Oleh kerana perkayuan inilah terhasilnya
alat-alat tradisional yang digunakan seharian selama
ini.Selain itu, perkayuan juga menjadikan industri perkayuan
di negeri ini berkembang serta menjadi keutuhan ekonominya.
Berdasarkan perkara tersebut, PUSAKA
telah menubuhkan Muzium Perkayuan yang bukan sahaja
mempamerkan komposisi yang unik kepada sumber hutan
dan perkembangan industri perkayuan di negeri ini, malahan
ia mempersembah serta menyimpan khazanah hutannya contohnya
seperti bermacam-macam barangan tradisional yang diperbuat
dari kayu di mana ia semakin hilang ditelan zaman.
Muzium yang berukuran 78,000 meter
persegi ini terbahagi kepada pelbagai seksyen yang berkaitan
mengenai sejarah dan pembangunan industri perkayuan
tempatan. Ia bertujuan untuk memupuk kesedaran terutamanya
di kalangan pelajar, pendidik, pencinta alam dan para
pengunjung luar dan dalam negara berkenaan tentang daya
usaha Kerajan Negeri Sarawak untuk membangunkan industri
perkayuan dan juga menjaga keaslian hutan serta kehidupan
liarnya.
|