Profil | Perkhidmatan | Kemudahan | Penerbitan | Pelaburan | Berita Online | Arkib | Hubungi | Link | Galeri Bergambar

 

 
Pemeringkatan Kayu Gergaji dilaksanakan di Sarawak selaras dengan “The Timber Grading Regulations, 1975” dan “The Timber Grading (Amendment) Regulations, 1983”.

Di bawah peraturan-peraturan tersebut di atas, semua kayu gergaji yang dieksport dari Sarawak hendaklah diperingkat mengikut piawaian “The Malaysian Grading Rules” atau “MGR”. PUSAKA adalah Penguasa Pemeringkatan di Sarawak di bawah peraturan ini.

 

Jenis-jenis Perkhidmatan Teknikal:-

Pemeringkatan kayu gergaji dijalankan oleh Pemeringkat Kayu dari industri yang telah dilatih oleh pihak PUSAKA. PUSAKA sebagai Penguasa Pemeringkatan akan mengeluarkan Sijil Pemeringkatan untuk para pengeksport. Sebelum sijil ini dikeluarkan, Merinyu Kayu dari PUSAKA akan menjalankan kerja periksa-peringkat, biasanya 10% daripada jumlah isipadu kayu ke atas kayu gergaji yang telah diperingkat dengan memuaskan oleh para Pemeringkat Kayu dari industri. Yuran periksa-peringkat ialah RM0.50/m³.

 
Pemeringkatan
Prior arrangement will have to be made and agreed between the buyer and seller, STIDC may undertake the full grading of timber when requested. The grading fee is RM5.00/m³.

 
Pemeriksaan
Khidmat ini disediakan jika dikehendaki oleh pihak pembeli / penjual untuk menentukan kualiti kayu. Yuran ialah RM2.50/m³.

 

Maklumat mengenai ciri-ciri kayu.

 

Pengenalan dan pengesahan spesis kayu.

 

Kegunaan spesis kayu yang betul dan tepat.


Document yang diperlukan

Sijil Pemeringkatan akan dikeluarkan oleh PUSAKA setelah kayu gergaji diperingkat oleh para Pemeringkat Kayu dari industri dan diperiksa-peringkat oleh pihak PUSAKA.

Dokumen-dokumen yang diperlukan ialah:

 
Kontrak jual-beli yang telah ditandatangani di antara pembeli dan penjual.

 
Jadual kayu yang dikapalkan.

 
Ringkasan Pemeringkatan.

 
Dokumen-dokumen lain seperti Permit Kayu Sepetir yang dikeluarkan oleh Agensi Kerajaan berkenaan.

   
  © 2004 PUSAKA. All rights reserved.