Program
ini telah dimulakan dalam tahun 1996 melalui projek
pertamanya iaitu pembekalan perabot ke Sekolah Menengah
Agama di Jalan Santubong, Kuching. Program ini adalah
merupakan kerjasama di antara Unit Pembangunan Usahawan,
Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri, Jabatan Kerja Raya
dan PUSAKA.
Tujuan
Program
ini mempunyai tujuan seperti berikut:
Untuk
meningkat dan menggalakkan penglibatan Usahawan Bumiputera
di dalam industri berasaskan kayu-kayan serta untuk
melahirkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera menjelang tahun 2020.
Objektif
Untuk
menyediakan pasaran yang tetap;
Untuk
meningkatkan kapasiti pengeluaran dalam menghasilkan pelbagai
jenis produk;
Untuk
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal;
Untuk
meningkatkan mutu kualiti pembuatan perabot.
Peranan
PUSAKA
Untuk
mengenalpasti dan melantik vendor yang berpotensi;
Untuk
mengagihkan kontrak kepada vendor;
Untuk
menyelaras mutu kualiti pembuatan perabot;
Untuk
menguruskan pembayaran kepada vendor;
Untuk
menyediakan khidmat nasihat teknikal kepada vendor;
Untuk
menyediakan Skim Khidmat Kredit untuk pembelian Bahan
Mentah.
Kriteria
Mempunyai
lesen perdagangan;
Berdaftar
dengan PUSAKA;
Ekuiti
100% dimiliki oleh Bumiputera;
Telah
beroperasi selama lebih daripada satu tahun;
Dikategorikan
dalam industri berskala kecil dan sederhana;
Kemampuan
baris pengeluaran semasa dari segi jenis, bilangan dan
kapasiti mesin;
Komitmen
semasa syarikat dengan projek-projek yang sedia ada;
kemampuan
dari segi kewangan.
Jenis
Kontrak
Kelas
E, F dan 'Barrack Furnitures'
Kelas
C dan D 'Quarters Furniture'
Perabot
Pejabat
Perabot
Sekolah
'Built-In
Furnitures' seperti 'Kitchen Cabinet'
Pesanan
Sebarang
pertanyaan dan pesanan mengenai Program Vendor hendaklah
di alamatkan ke:
Pengurus Besar,
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak,
P.O.Box 194, Wisma Sumber Alam, Jalan Stadium,
93072 Kuching, Sarawak