
|

 |
|
|
|
Sebagai
agensi yang bertanggungjawab atas pembangunan Industri
Perkayuan di Sarawak, PUSAKA telah mengenalpasti Kuching,
Bintulu, Kuala Baram, dan Tanjung Manis sebagai pusat-pusat
untuk menjadikannya zon berkenaan. Perlaksanaan konsep
ini akhirnya menjadi kenyataan setelah upacara pembukaan
rasmi dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri
Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Haji Abdul Taib
bin Mahmud pada tarikh 11 Mac 1990.
|
Visi
|
|
Zon
Perusahaan Kayu di Tanjung Manis adalah sebuah Kompleks
Integrasi Perkayuan yang tercanggih dan terbesar di
Malaysia. Bandar persendirian ini mempunyai institusi
sokongan dan kemudahan yang teguh. Ini akan membantu
dalam membangunkan kawasan tersebut menjadi pusat perusahaan
dan perniagaan di Asia Tenggara.
|
Konsep
|
|
Untuk
menjadikannya sebagai sebuah kemudahan perusahaan kayu
yang mempunyai institusi sokongan yang teguh dan infrastruktur
yang baik, serta menuju ke arah mencapai penggunaan
sumber kayu secara efisien untuk bersaing di pasaran
peringkat antarabangsa.
|
|
 |
|
|
Implementasi
|
|
Dengan
jumlah 3,000ha dianggarkan untuk pembangunan Bandar
Baru Tanjung Manis mempunyai kemudahan yang serba lengkap
serta perkhidmatan infrastruktur dan sokongan untuk
menjadi peneraju pusat pelaburan yang utama untuk perusahaan
kayu. Terdapat fasa pembangunan yang terlibat :
|
Fasa
|
Tahun
|
Jumlah
Ekar
|
|
I
|
1990-1995
|
510
Ha
|
|
II
|
1996-2000
|
780
Ha
|
|
III
|
2001-2005
|
900
Ha
|
|
IV
|
2006-2010
|
800
Ha
|
Semua infrastruktur
asas yang diperlukan bagi para pelabur sudahpun sedia
ada termasuk lapangan kapal terbang, pelabuhan, jalanraya,
telekomunikasi, air dan elektrik.
|
 |
Kemudahan
Awam
|
|
Bandar
Baru Tanjung Manis mempunyai kemudahan seperti jalan
tar yang tahan cuaca, telekomunikasi, air, elektrik,
sekolah, tempat beribadat, tempat berekreasi dan kemudahan
sukan yang disediakan khas untuk para pelabur, penghuni
bandar tersebut dan juga para pekerja. Dengan adanya
pelabuhan air dalam seluas 200ha, Tanjung Manis pastinya
akan menjadi tumpuan eksport utama Sarawak.
Sekarang, kemudahan sokongan awam seperti Polis, Imigresen,
Kastam, Jabaan Perhutanan, pihak berkuasa pelabuhan
serta agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang lain,
dan institusi kewangan telah merubah Tanjung Manis menjadi
sebuah tempat perhentian pusat pelabuhan.
|
Komersial
|
|
Pusat
komersial yang terletak secara stratregik tersebut terbahagi
kepada beberapa bahagian iaitu institusi kewangan, pejabat
perdagangan, department stores, kedai-kedai, pasaraya,
hotel, pusat hiburan dan kemudahan rekreasi. Empat lagi
pusat komersial yang baru sedang dirancang untuk terus
membangun pada masa depan.
|
Tempat
Tinggal
|
|
PUSAKA
telah membangunkan sebanyak lebih daripada 300 unit
rumah yang pelbagai jenis khas untuk para pelabur dan
pekerja. Tambahan 40ha lagi telah menandakan pembangunan
seterusnya di masa depan kelak. Sebuah agensi separuh
kerajaan yang bertanggungjawab membangunkan perumahan
dalam negeri Sarawak yang dikenali sebagai Komisyen
perumahan, telah membina lebih daripada 100 unit rumah.
Kawasan seluas 80ha akan digunakan oleh komisyen untuk
perancangan ini.
|
Lokasi
|
|
Pelabuhan
air dalam tersebut yang mempunyai kemudahan pengurusan
kontena memudahkan bagi kapal-kapal berlabuh yang datang
atau pergi ke Eropah, Timur Tengah, Timur Timor, Australia,
negar ASEAN and Amerika Utara.
|
|
|