Aktiviti-aktiviti Koperasi PUSAKA Berhad

a. Pembangunan ekonomi (Encik Hashim Bojet)
Pembangunan Ekonomi adalah merupakan aktiviti seperti projek senitaman, projek pembinaan, projek penyewaan bangunan.

b. Kebajikan Sosial dan Pendidikan (Cik Haluyah Awi)

Aktiviti Kebajikan Sosial dan Pendidikan adalah merupakan aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan anggota dimana Koperasi menyumbangkan derma dalam hal-hal kematian keluarga anggota. Dalam pada itu, Koperasi juga memberi hadiah berbentuk wang kepada anak-anak anggota yang mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

c. Perniagaan Hardware ( Puan Suraya Mohd Ali)
Aktiviti Hardware adalah merupakan aktiviti jual beli hardware untuk dibekalkan kepada PUSAKA mahupun vendor-vendor PUSAKA.

d. Pembekalan Alat tulis ( Encik Dahrawi Mohamad)

Aktiviti Pembekalan Alat Tulis adalah merupakan aktiviti Pembekalan Alat Tulis kepada PUSAKA.

e. Penyewaan Kantin (Encik Dahrawi Mohamad)
Koperasi PUSAKA Berhad mempunyai kantin yang disewa kepada pihak luar.

f. Pinjaman (Encik Awang Mentali Awang Mohd Sulaiman)

Untuk aktiviti pinjaman, Koperasi telah mewujudkan dana untuk dipinjam kepada anggota-anggota yang memerlukan. Jenis-jenis pinjaman yang telah diwujudkan adalah seperti berikut:

1.0 Pinjaman Perayaan
2.0 Pinjaman Peribadi
3.0 Pinjaman Buku Teks
4.0 Pinjaman Perabot

Pinjaman-pinjaman di atas hanya dikenakan yuran pengurusan yang minima.

 
  © 2004 PUSAKA. All rights reserved.