Profil | Perkhidmatan | Kemudahan | Penerbitan | Pelaburan | Berita Online | Arkib | Hubungi | Link | Galeri Bergambar

 
 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) telah ditubuhkan pada Jun 1973 di bawah Ordinan Perbadanan Perusahaan Kemajuan Kayu Sarawak 1973. Penubuhannya dilaksanakan atas saranan Pertubuhan Makanan Dan Pertanian (FAO) Bangsa-Bangsa Bersatu yang telah menjalankan inventori hutan secara menyeluruh di negeri ini pada tahun 1968 hingga 1972. Fungsi utamanya ialah untuk mempergiatkan perkembangan industri perkayuan Negeri Sarawak yang terancang dan konsistan demi kepentingan ekonomi, dengan adanya modal, kepakaran teknikal dan pengurusan sumber hutan yang efektif.

Dengan Visi Korporat sebagai pemimpin dan penggerak Industri Perkayuan, PUSAKA mempunyai misi yang berperanan untuk merancang, menyelaras dan membangunkan industri perkayuan di Sarawak ke arah penggunaan sumber perkayuan secara optimum dan efisian dengan menggalakkan pemprosesan hiliran dan kepelbagaian produk.

Sejajar dengan matlamat ini dan untuk merealisasikan Wawasan 2020, PUSAKA bertanggungjawab dalam membangunkan sumber tenaga kerja yang berdisiplin, terlatih dan berwibawa. PUSAKA juga sangat komited dalam membangunkan sumber tenaga manusia dalam industri perkayuan, dengan menyediakan dan menganjurkan pelbagai latihan untuk mempertingkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran pekerja industri perkayuan. Ini bagi memastikan industri ini mampu berdaya saing dalam menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dalam pasaran global.

Kalendar Latihan PUSAKA adalah sebagai rujukan bagi pelbagai latihan teknikal yang dianjurkan oleh PUSAKA. Selain itu, sebagai agensi yang Menguatkuasakan Pemeringkatan Kayu bagi Negeri Sarawak, kursus Pemeringkatan Kayu PUSAKA amat berfaedah kepada mengusaha, pengimport dan pengeksport yang terlibat dalam aktiviti pengilangan kayu gergaji, penjualan dan pemasaran kayu. Para peserta yang telah menghadiri program latihan anjuran PUSAKA akan menjadi lebih mahir dalam memenuhi keperluan semasa industri perkayuan.

Matlamat Latihan PUSAKA

"Menyediakan dan mengkordinasikan Latihan Industri Perkayuan kepada pihak industri dan orang awam yang berminat serta mencapai 80% Jadual Program Latihan"

 




Objektif
  • Melatih semula pekerja industri perkayuan dalam aspek teknikal.
  • Menghasilkan tenaga kerja mahir teknikal bagi memenuhi permintaan industri perkayuan.
  • Mempertingkatkan kemahiran pekerja sediada sejajar dengan piawaian kualiti yang ditetapkan.
Kriteria Pemohon
Permohonan kursus boleh menggunakan Borang Perdaftaran Latihan Industri PUSAKA.

Kelayakan pemohon adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 17 tahun ke atas.
  • Boleh membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
  • Sihat Tubuh badan
  • Mempunyai minat dan kecenderungan untuk bekerja dalam industri perkayuan.
  • Kelayakan minimum untuk Kursus Pemeringkatan:
    i. Tamat tingkatan lima, atau
    ii. 1 tahun pengalaman dalam lapangan berkaitan.
  • Kelayakan minimum untuk Kursus Pembuatan Perabot dan Seni Ukiran Kayu
    i. Tamat tingkatan 3, atau
    ii. 1 tahun pengalaman dalam lapangan berkaitan.
Yuran
Di samping pembayaran Tunai, yuran boleh menggunakan Cek Berpalang, Wang Pos atau deraf bank atas nama "SARAWAK TIMBER INDUSTRY DEVELOPMENT CORPORATION" atau STIDC. Yuran tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Methodologi Pengajaran
Latihan adalah berdasarkan "hand on", iaitu 80% latihan amali dan 20% latihan teori. Semua kursus diajar dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Persijilan
PUSAKA akan menganugerahkan "Sijil Kemahiran" kepada peserta yang tamat Latihan Berasaskan Kecekapan dan lulus ujian kecekapan tersebut. Di samping itu "Sijil Kehadiran" akan dianugerahkan kepada peserta yang mengikuti Kursus Teknikal Jangkapendek.
Pendaftaran
Peserta perlu mengemukakan permohonan dan yuran kursus seminggu sebelum kursus bermula. Pendaftaran adalah berdasarkan "first come first serve" basis.
Penarikan Diri Dari Kursus
Peserta perlu memaklumkan PUSAKA berhubung dengan penarikan diri 7 hari bekerja sebelum kursus dijalankan. Kelewatan akan didenda sebanyak 50% dari yuran kursus.
Penundaan & Pembatalan Kursus
PUSAKA berhak untuk menunda atau membatalkan kursus disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.
Pendaftaran PSMB
PUSAKA telah diiktiraf sebagai "Penganjur Latihan kelas A" oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Program Latihan yang didaftar dibawah Skim PROLUS adalah Pengenalpastian & Anatomi Kayu, Peraturan Pemeringkatan Balak Sarawak, Peraturan Pemeringkatan Kayu Gergaji Keras Malaysia dan Pembuatan Perabot.
Lokasi Kursus
Semua kursus akan dijalankan di Pusat Latihan Pekayuan PUSAKA Tanjung Manis (PLPPTM), Mukah.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:-

Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak
Wisma Sumber Alam, Peti Surat 194, 93702 Kuching, Sarawak
Tel: 082-443477 Fax: 082-449184 or 082-442691

Email: hamzahm@pusaka.gov.my

(U/p: Seksyen Latihan Industri)





  © 2004 PUSAKA. All rights reserved.