Profil | Perkhidmatan | Kemudahan | Penerbitan | Pelaburan | Berita Online | Arkib | Hubungi | Link | Galeri Bergambar


DATU HAJI LEN
TALIF SALLEH
Pengurus Besar
 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera...

Selamat datang ke laman web PUSAKA dan saya ucapkan terima kasih kerana memilih laman web ini untuk dilawati. Saya berharap agar ianya dapat memberi maklumat tentang PUSAKA yang berperanan sebagai pemimpin dan penggerak kepada industri perkayuan di Sarawak.

Sejak penubuhan PUSAKA, banyak perubahan telah berlaku ke atas Industri Perkayuan di Sarawak. Bermula dengan aktiviti pembalakan seterusnya pemprosesan sekunder hinggalah ke Industri Pemprosesan Hiliran di mana penggunaan teknologi terkini untuk menghasilkan produk nilai tambah daripada sisa-sisa kayu seperti papan serapi, kayu racik, arang briket, papan gentian ketumpatan sederhana (MDF), papan gentian ketumpatan tinggi (HDF), pulpa & kertas dan oriented strand board (OSB) telah dihasilkan untuk pasaran dalam dan luar negeri.


 

Seterusnya bagi memelihara alam sekitar dan memastikan bekalan untuk keperluan Industri dan generasi akan datang, PUSAKA telah menjalinkan usahasama penanaman ladang hutan dengan beberapa buah syarikat industri perkayuan. Penglibatan PUSAKA dalam projek ladang hutan dan pengeluaran pulpa dan kertas telah membuka laluan yang lebih luas kepada negeri Sarawak untuk melangkah ke era industri pemprosesan hiliran yang berteknologi tinggi terutama dalam arus perkembangan teknologi yang pesat pada masa ini.

Sebagai sebuah agensi yang mentadbir industri perkayuan di Sarawak laman web ini akan memudahkan pihak luar untuk berhubung dengan PUSAKA bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan dengan industri perkayuan di Sarawak.

Saya ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada anggota-anggota PUSAKA yang telah merekabentuk dan menyediakan laman web ini tanpa bantuan pakar dari luar.

Seterusnya saya berharap agar laman web ini dapat memberi manfaat dan maklumat kepada pelanggan yang berurusan dengan industri perkayuan di Sarawak. Cadangan dan pandangan anda amatlah dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.



DATU HAJI LEN TALIF SALLEH
Pengurus Besar
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak





  © 2004 PUSAKA. All rights reserved.