PERBADANAN
KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)
telah ditubuhkan pada bulan Jun 1973 di bawah Ordinan
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak 1973. Penubuhannya
adalah atas saranan Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO) Bangsa-bangsa Bersatu yang telah menjalankan inventori
hutan yang menyeluruh dari tahun 1968 hingga 1972.
Fungsi utamanya
adalah untuk mempergiatkan perkembangan industri perkayuan
seperti yang telah dirancang di seluruh negeri Sarawak
mengikut kadar kepentingan ekonomi, kewujudan modal
dan kepakaran teknikal dan pengurusan sumber hutan secara
berkesan.
|