Iso
telah menerbitkan edisi ke-tiga siri ISO 9000 pada
15 Disember 2000. Semua organisasi yang telah didaftarkan
kepada edisi lama iaitu ISO 9000:1994 telah diberi
tempoh masa sehingga 31 Disember 2003 untuk beralih
kepada standard terkini.
PUSAKA
telah memperolehi persijilan MS ISO 9002:1994 pada
tahun 2001. Selaras dengan saranan kerajaan agar sektor
Perkhidmatan Awam Malaysia untuk beralih kepada standard
terkini, maka PUSAKA telah memulakan projek peralihan
ke MS ISO 9001:2000 pada bulan Ogos 2003.
Langkah-langkah
dalam proses peralihan ialah:-
Mengadakan
kursus Pemahaman ISO 9001:2000 untuk semua pemilik
proses dan anggota yang terlibat: 6 dan 7 Ogos 2003.
Mengkaji
semula dokumentasi Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)
selaras dengan keperluan terkini standard dan menyediakan
Manual Kualiti dan Prosedur-prosedur yang ditetapkan:
September hingga Oktober 2003.
Pelancaran
Sistem Pengurusan Kualiti PUSAKA di bawah MS ISO 9001:2000:
11 Oktober 2003.
Taklimat/Latihan
mengenai Sistem Pengurusan Kualiti - ISO 9001:2000:
21 dan 22 Oktober 2003.
Latihan Audit Kualiti Dalaman : 13 dan 14 Januari
2004.
Sesi
Audit Kualiti Dalaman: 15 dan 16 Januari 2004.
Mesyuarat
Jawatankuasa Kajian Semula Pengurusan:9 Februari 2004.
Sasaran
untuk memperolehi persijilan: April 2004.
Skop Pendaftaran Sistem Kualiti PUSAKA di bawah MS
ISO 9001:2000 ialah:- "Pendaftaran Syarikat Yang Terlibat Dalam
Aktiviti Pemprosesan , Pengedaran dan Pemasaran Produk
Kayu"
Dokumen-dokumen
kualiti PUSAKA terdiri daripada :-
Manual Kualiti
8 Prosedur Proses
Utama - Pendaftaran Syarikat Berasaskan Kayu