Latarbelakang
Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak atau nama singkatannya
PUSAKA adalah merupakan badan berkanun kerajaan yang ditubuhkan
dibawah "The Sarawak Timber Industry Development Corporation
Ordinance 1999". Ia bertanggungjawab dalam menyelaras
pembangunan Industri Perkayuan di Sarawak.
PUSAKA telah menubuhkan Koperasi PUSAKA Berhad yang didaftarkan
pada 9 Januari 1997 di bawah Akta Koperasi 1993 dan Undang-Undang
Kecil Koperasi PUSAKA Berhad. Dengan adanya Koperasi ini,
maka ia telah menjadi infrastruktur serta saluran pelaburan
dan perniagaan yang berkesan kepada anggota-anggota untuk
melaburkan lebihan wang atau dana mereka dalam sektor perniagaan.
Matlamat
“Untuk meningkatkan kepentingan ekonomi para anggotanya”. |